UM nak dipindahkan? Statement paling kurang ajar dan berani
Pak Ungku,
Nak start protest saya akan sokong 200%. I will be with you. This greedy bastard businessman memang kurang ajar, but macammana dia boleh keluar statement cam ni kalo tak di back up ‘those u r in power?’ We, regardless of race, should all defence our beloved university……..
Aku memang dari dulu tak setuju politik masuk UM ni, sebab tu jatuh, kenaikan pangkat melalui politik, semua ‘ass-kisser’, yg tak layak boleh naik jadi somebody, pse, we need saviour like you pak ungku, pse come and become UM’s VC back. Only you can gather support from all the staff and student…..
Oleh Au Yeong How dan Harithisya Shamsuddin
Utusan Malaysia
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan untuk membeli dan membangunkan tapak UM sebagai suatu yang ‘gila dan kurang ajar’.
Malah tegasnya, pihak-pihak terbabit langsung tidak mempunyai sifat patriotik kerana sanggup menawarkan harga bagi khazanah negara yang tidak ternilai itu.
‘‘Ini suatu cadangan yang gila. Individu tersebut fikir dia boleh beli apa sahaja yang dia mahu kerana ada banyak wang. Saya sendiri tak kenal orang yang cuba berbuat demikian.
‘‘Saya tidak fikir mana-mana universiti di luar negara sanggup dibeli oleh mana-mana individu hanya untuk kepentingan peribadi mereka kerana mereka sangat menghargai gedung ilmu,’’ ujarnya.
Sehubungan itu, Ungku Aziz menyeru semua graduan universiti berkenaan bersatu hati menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut.
‘‘Semua pihak perlu bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan maruah Universiti Malaya.
‘‘Saya juga berharap perkara ini juga ditentang oleh pemimpin tertinggi kita. Kita harus bersama-sama mempertahankan maruah negara,’’ tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.
UM ditubuhkan kira-kira seabad lalu iaitu pada 1905 di Singapura. Universiti yang terletak di Petaling Jaya ketika itu merupakan cawangan UM Singapura di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 1957.
Apabila UM berpindah ke Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada 1962, bekas tapak universiti berkenaan di Singapura telah diganti oleh National University of Singapore.
Sementara itu, pakar sejarah dan ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim mengingatkan pihak-pihak yang terbabit supaya tidak menjadi terlampau materialistik sehingga mengabaikan warisan negara.
“Jika tapak kampus dijual kepada pihak luar, seluruh rakyat khususnya bekas graduan UM dan para pelajar universiti ini pastinya berasa kecewa dan mereka akan memprotesnya.
“Kita menghargai warisan negara ini. Lebih-lebih lagi dasar kerajaan yang mengutamakan warisan negara dan usaha pemuliharaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut ahli sejarah itu lagi: ‘‘UM ialah tempat untuk kita mengutamakan idea baru dan menanam nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa dan mahasiswi demi kepentingan negara,” tegasnya.
June 25th, 2007 at 5:17 am
sekolah aku dulu pn 100 tahun gak..selamba jer diorg robohkan sbb nak wat pavillion..
June 28th, 2007 at 5:58 pm
cant imagine um to be somewhere else.dtc.kps.bp.3rd.science fac.pokok tanjung????tidaaakkk
July 4th, 2007 at 2:59 am
kecoh sekejap la UM nak dipindahkan, maple, zainol, bangsar, mid valley, pantai dalam, amcorp dll…sepang? Apa ada wei!!!!